Ahad, 13 Jun 2010

Penyembuh Rindu - Mawi ft Diana

Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi kupun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu

Jumaat, 11 Jun 2010

Hati dibawa terbang..

Hari ni seperti biasa aku meneruskan pembelajaran ku di PUO. Tapi hati aku hilang entah kemana. Mungkin disebabkan member2 aku ramai yang dah balik. Aku rasa hari ini hari yang paling sedih. Diorang semua memang best. Walaupun airmata tak banyak keluar depan diorang tadi, tapi hanya ALLAH je yang tahu betapa sedihnya aku untuk berpisah dengan diorang. Tapi berpisah untuk sementara. Insyaallah, kalau ada jodoh, boleh jumpa lagi lepas ni..Korang memang 'the best' lah. Tanpa 3p, mungkin kita takkan berjumpa...Semoga semua berjaya mengejar cita2 masing2..

Rabu, 9 Jun 2010

Kenangan Terindah Sepanjang 3p...


Hari ni merupakan hari yang ke-10 aku berada di PUO. Boleh lah biasakan diri. Kat sini aku dapat lah juga kawan baru walaupun kitorang sebenarnya satu poli dulu. Tapi ditakdirkan jodoh kitaorang kat PUO, jadi di PUO ni lah kitaorang mula berkenalan. Tak sangka pulak, masa tu baru 1 hari kitorang kenal, kitaorang dah rasa terlalu rapat atau kata nama lain 1 kepala la. Selalu lepak sama2, mengumpat bersama..opss.. dan lain2 la.. Tp yang sedihnya, diorang habis dulu dari kitaorang. Khamis (10/6/10) diorang dah exam dan tamat untuk kursus ni. Untuk cos kitorang pula 21/6/10 bru habis. Hmm, tak dapat dibayangkan macamana keadaan aku dan roomateku untuk seminggu akan datang bila ketiadaan mereka nanti. Kebosanan pasti terasa. Nak gelak ber2 pun macam tak best sangat. Tapi walaupun kitaorang baru kenal 10 hari, banyak kenangan dengan diorang. Korg dak2 DKA (Tiqah-ila-Atie-Zu-Nisa) memang best giler lah. So, terima kasih sebab sudi menjadi kawan kami berdua disini dah harap persahabatan kita akan kekal untuk selama-lamanya.

'Takdir yang menentukan, pertemuan yang tak disangka, takdir juga yang menentukan, perpisahan...ditalian cinta ini, terjalin ikatan mesra, walau hanya seketika, bagiku sungguh bermakna..."

Selasa, 1 Jun 2010

Wahai Comptia...

Hari ni hari terakhir aku menghadiri kelas softskill. Best memang best. Tapi penatnya hanya Allah je yang tau. Banyak gila presentation kitorang kena buat. Hmm tapi nak buat camane, kene gak la terima. Majoriti budak kelas aku untuk softskill semua budak Puo. Mungkin untuk kelas sebenar esok pon dimonopoli oleh budak Puo. Nasib baik ada juga budak Puo yang baik dan peramah walaupun majoriti daripada diorang nampak macam sombong. Tapi mungkin sebab baru lagi kot. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. So, ini cuma perspektif awal je. Harap diorang tak macam tu. Takpe, kita lupakan pasal hal ni...

Mulai esok (2 jun 2010) bermulalah kelas Comptia A +. Ya Allah terkejut rasanya bila dapat buku modul untuk subjek ni. Mukasurat je 1263.. Boleh ke aku nak habiskan dalam masa 3 minggu. Pecah rekod macamni. Novel ppaling tebal kalau aku pernah baca pun tak sampai 500 mukasurat. Tapi insyaallah aku akan 'try my best'. Insyaallah. Cuma aku harap aku dapat trainer yang ok nanti. Nama trainer dah tau, tapi rupa paras belum tahu lagi.. NURHAKIM siapalah tuan empunya diri..So, tunggu dan lihatlah nanti....