Jumaat, 13 Februari 2009

Assalamualaikum...
hari ni 1st day kat bahagian kabel ht setelah seminggu mengikuti bahagian 'overhead'..
Kali ni duduk kat ofis je..arap2 keluar lah nanti..Rasa nak beku pun ada gak bila dok dalam ofis...
Kadang2 boring..tp kadang2 penat pun ada...tu pun penat gelak coz si anuar ni suka sangat wat kelakar...Nway, setakat ni best lah juga..Dorg pun sporting2.......

Khamis, 5 Februari 2009

pengalaman baru...

Hari ini hari yang paling best sepanjang praktikal 4 minggu ni...sebab dapat naik kren auger ni..hehe...Lepas tu masa 'repair' breakdown kat ss17 pula tuan rumah tu bg angpow..Hmm,banyak la juga dia bagi..Kira cukuplah nak beli topup.Hehe...Maklumlah, gong xi fat choi baru lepas lah katakan.. Selalu dapat limau dengan air kotak je..Kira hari ni 'advance' sikit la..Walaumacamanapun, pengalaman baru yang dapat hari ni memang best...Tapi 'report' tetap nak kene buat..Ni lah perkara yang paling malas sekali..Esok nak kena mintak cop kat penyelia lagi..Harap-harap dapat komen yang bagus macam hari tu....

Rabu, 4 Februari 2009

hari yang memenatkan...

Penat betul hari ni...Hari ni je pegi 3 tempat..ss 13, ss 17 n meranti jaya..Ada kabel reput lah, terbakarlah, kecurian pun ada juga. so terpaksa lah juga pergi betulkan(tapi bukan saya yang buat, saya 'just' tengok orang je yang buat)..hehe....Walaupun kadang-kadang terasa bosan sebenarnya , tapi terpaksa juga menempuhi kebosanan tu untuk beberapa bulan ni.. Sebab, ni merupakan salah satu syarat untuk mendapat diploma dalam bidang yang saya ceburi (kira praktikal lah sekarang)..Tapi ni baru masuk minggu yang ke-4 daripada 6 bulan..So ada lagi beberapa bulan untuk habiskan praktikal kat sini(tenaga nasional berhad)...Walaupun kadang-kadang terasa segan sikit sebab dikelilingi lelaki...Tapi,nasib baik diaorang semua ok dan baik-baik belaka....Dah dapatlah juga menyesuaikan diri sedikit demi sedikit.. Walaupun tak dapat apa-apa elaun,tak kisah pun,sebab pakcik-pakcik dan abang-abang kat sana selalu belanja budak-budak praktikal macam kitaorang ni makan (Semoga rezeki mereka semakin bertambah..amin) .Yang paling penting, saya dapat timba pengalaman baru dan harap-harap berguna untuk masa hadapan..

Kepada member-member yang sedang menjalani latihan praktikal terutamanya pelajar-pelajar det4, teruskan usaha dan perjuangan anda..hehe...

Selasa, 3 Februari 2009

kata-kata hikmah..

ai.....arini tetibe rasa nak masukkan pasal kata-kata hikmah pula...just untuk penilaian diri kita sendiri je....sambil2 tu bolehlah kita perbaiki diri kita ni..hehe..

ADAB
Kecantikan yang abadi terletak pada adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Yang meninggikan darjat seseorang itu ialah akal dan adabnya, bukan pada asal keturunannya.
( Aristotle )

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).

Mahkota adab dan sopan santun adalah lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertakhtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).

Kata-kata yang lemah lembut dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).

semakin kuat kepercayaan kepada agama, semakin tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk mendapatkan kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

Sifat utama seorang pemimpin yang patut dikagumi ialah beradab dan mempunyai hati yang mulia ( Imam Al-Ghazali).

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).

Di dalam kehidupan, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubung dengan kesihatan tubuh, keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).

Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).

Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).

ADAT
Dalam kehidupan kita mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru. (Hamka).

Habis adat kerana kerelaan. ( Pepatah Melayu).

Adat juara berkalah menang. ( Pepatah Melayu).

Adat hidup tolong-menolong, dunia balas-membalas dan adat syariat palu-memalu.. (Pepatah Melayu).

ADIL
Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka).

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).

Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. ( Hamka).

Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. ( Hamka ).

Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-Khatab).

Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama. ( Hamka ).

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara.Meskipun yang empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. ( Hukama ).

Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya. ( Hukama).

AGAMA
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).

Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).

Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).

Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka).

Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.

( Hamka ).

Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).

Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis ).

Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).

AKAL
Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).

Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh.

(ulama).

Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib).

Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib).

Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).

Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).

Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. ( Hamka ).

Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. ( Hamka).

Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka).

Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang. ( Hamka ).

ANAK
Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. ( Hamka).

Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ).

Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.

( Maksud hadis ).

Anak yang ditinggalkan ayah jarang yang tidak luka jiwanya sampai besar. (pepatah Melayu).

Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia tupuan harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya. ( Hamka).

Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka ).


Isnin, 2 Februari 2009

welcome......


assalamualaikum... thanks kpd sesape yang melawat blog nie ea... tp blog ni msih bru lg.. so, msih banyak yang perlu diperbaiki.. hehe... wlupun blog nie baru lg, arap2 selalu2 r melawat n mengikuti pkembangan blog ni.. insyaallah blog ni akan sntiasa di update (tp, kalo free je r) hehe.... n kalo boleh, komen2 r skit untuk memantapkan lg blog ni.. wah ayat..... haha...... bt masa sekarang, setakat ni dulu kot.. no idea..... so, enjoy......